PROJEK BERSAMA : PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN



Felda Pasoh 4, 17 Ogos 2019 - Program lestari ICT & Cakna Kesihatan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pasoh 4 dengan kerjasama Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4 telah dijalankan dengan jayanya.

Dengan penglibatan pelbagai usia, program ini menjadi tumpuan utama semua pihak di Felda Pasoh 4. Program yang singkat ini sememngnya menjadi pemangkin kepada kesejahteraan penduduk dan sekali gus membuka mata semua pihak untuk melibatkan diri untuk kelangsungan projek.

Bukan itu sahaja, malah, usaha ini tampak padan dan sesuai untuk disertai oleh kategori-kategori tertentu, misalnya pertandingan makan buah lai bagi golongan belia dan warga emas , manakala aktiviti demo sandwich bagi golongan kanak-kanak, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik sepanjang program ini berlangsung.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Osman Bin Dusa, selaku Penyelaras Dun Pertang.


SILA TEKAN UNTUK  : VIDEO LARIAN














Comments

Popular Posts