LAWATAN PENILAI ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA NEGARA (APBN) 2019
Pasoh 4, Jelebu 13 Mac 2019
![]() |
| SESI BERGAMBAR SELEPAS PENILAIAN |
![]() |
| SESI BERGAMBAR SEMASA PENILAIAN BERLANGSUNG |
![]() |
| MENUNGGU KETIBAAN PENILAI |
Telah berlangsung Sesi Lawatan Penilaian Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Negara (APBN) 2019 Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri bertempat di wisma belia Felda Pasoh 04 hari ini.
Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 merupakan salah satu daripada 4 pertubuhan yang telah disenarai pendek berdasarkan kriteria kelayakan oleh ahli panel dan berjaya keperingkat seterusnya bagi tujuan sesi lawatan penilaian ke pejabat pertubuhan di Daerah.
Sesi Penilaian yg bermula pada jam 10.30 pagi itu dimulakan dengan majlis pengenalan Ahli, pembentangan slide pertubuhan dan berakhir dengan sesi soal jawab diantara Ahli Panel bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang dinilai.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2019 Negeri Sembilan tahun ini dilaksanakan bertujuan meraikan dan mengiktiraf individu dan pertubuhan belia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia di Negeri Sembilan.
Barisan 3 orang Ahli Panel yang terlibat pada sesi lawatan tersebut adalah terdiri daripada golongan yang profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Ahli panel tersebut adalah Puan Hajah Siti Aishah binti Yahya mantan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),KBS, Cik Muhaizzahera Wati binti Hashim, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan dan Puan Mimi Mazlin binti Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan.
Turut hadir ke Sesi Penilaian tersebut Pegawai dan penolong pegawai Jabatan Belia dan Sukan Jelebu , Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Raja Alias,wakil Ketua Kampung Felda Pasoh 04, Pengurus Felda Pasoh 04, seluruh warga Felda Pasoh 04 yg turut hadir memberi sokongan kepada pertubuhan bertanding.






Comments