MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2018/2019
21 Julai 2019- Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah dan kurnianya dapat kita menyempurnakan mesyuarat agong tahunan Belia (MBFM) Felda Pasoh 4 2018/2019 yang diadakan petang tadi di balai raya Felda Pasoh 4.
Kami barisan Ahlijawatankuasa Belia (MBFM) Felda pasoh 4 ingin menyampaikan ucapan Jutaan Terima kasih kepada En. Amizan bin Ramli , Pengurus Rancangan Felda Pasoh 4, kerana telah merasmikan mesyuarat agong pada hari ini.
Sebelum terlambat , kami juga ingin mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada En. Adli dan Puan Linda, selaku pemerhati mesyuarat pada kali ini.
Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Terima kasih juga diucapkan kepada belia beliawanis Felda Pasoh 4 yang sempat menghadirkan diri.
Segala usul, respon, dan suara anda akan kami teliti dan InsyaAllah , jika tiada aral melintang, kami bersedia laksanakan.









Comments