PROJEK BERSAMA : E-PORAK



Bismillahirahmanirahim
3 Ogos 2019- Felda Pasoh 4, telah menjayakan program gotong-royong di sekitar kawasan GPW , dan bangunan KEMAS yang lama. Program ini adalah salah satu inisiatif yang diusahakan secara bersama oleh Persatuan Gerakan Wanita (GPW) Felda Pasoh 4, Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 4 berserta Persatuan Ibu Tunggal Felda Pasoh 4. Hasil usaha ini bakal melahirkan sebuah kediaman yang lestari.
Program ini bukan sahaja untuk membersihkan kawasan namun ianya lebih kepada memelihara dan memulihara kawasan kawasan yang sedia ada. Jadi ini adalah salah satu inisiatif untuk menyemarakan lagi E-Porak dalam mewujudkan sebuah kampung yang hijau dan lestari.
Program seperti ini haruslah menjadi pemangkin kepada kesejahteraan penduduk di Malaysia. Oleh itu, kami Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 4 menyeru agar semua penduduk Felda Pasoh 4 mengambil langkah yang sama. Bukan hanya berseloroh, namun sedarlah keputusan yang kita ambil pada hari ini akan menentukan masa hadapan kita. Jika sekarang kita sedar dan terus mengambil tindakan segera untuk menghijaukan bumi, maka, nikmat kesegaran udara adalah milik bersama.

 









Comments

Popular Posts